MPPM galang donasi banjir sebagai bentuk kepedulian kemanusiaan untuk membantu korban terdampak bencana di Aceh dan Sumatera.
Majlis Persatuan dan Persaudaraan Masyarakat Madura (MPPM) bersama Persatuan Permuafakatan Masyarakat Madura Malaysia (PPMM) menggerakkan aksi penggalangan donasi kemanusiaan bagi membantu saudara-saudara yang terdampak bencana banjir di Aceh dan beberapa wilayah di Sumatera. Aksi MPPM galang donasi banjir ini digerakkan sebagai bentuk solidaritas kemanusiaan untuk meringankan beban para korban.
Bencana banjir yang melanda kawasan tersebut telah menyebabkan kerosakan serius terhadap rumah penduduk, infrastruktur awam, serta memaksa ramai keluarga berpindah ke pusat-pusat pemindahan sementara. Keadaan ini menuntut bantuan segera, khususnya dalam bentuk keperluan asas, bantuan logistik, dan sokongan kemanusiaan.
Sebagai organisasi kemasyarakatan yang berteraskan nilai persaudaraan dan kepedulian sosial, MPPM mengambil inisiatif untuk mengajak masyarakat Madura di perantauan, khususnya di Malaysia, serta masyarakat umum untuk bersama-sama meringankan beban para mangsa.
Menurut Bpk. Ghazali, selaku wakil pengurusan donasi MPPM, penggalangan dana ini merupakan wujud keprihatinan dan tanggungjawab moral organisasi terhadap musibah kemanusiaan yang sedang berlaku.
“MPPM mengajak seluruh masyarakat untuk bersama-sama menyumbang mengikut kemampuan masing-masing. Setiap bantuan yang diberikan amat bermakna bagi meringankan penderitaan saudara-saudara kita yang menjadi korban banjir di Aceh dan Sumatera,” ujar Bpk. Ghazali.
Beliau menegaskan bahawa semua sumbangan yang diterima akan diuruskan secara telus dan amanah, serta disalurkan melalui saluran yang bertanggungjawab sesuai dengan keperluan di lapangan.
Bagi masyarakat yang ingin menyalurkan sumbangan, donasi boleh disalurkan melalui akaun rasmi berikut:
Nama Bank : Alliance Bank
No. Akaun : 1409 1001 3015 014
Atas Nama : MPPM International Sdn. Bhd.
Untuk maklumat lanjut, pengesahan sumbangan, atau pertanyaan berkaitan penggalangan donasi, orang ramai boleh menghubungi:
Bpk. Ghazali
📞 +60 17-277 3973
MPPM berharap gerakan solidaritas ini dapat menjadi ladang amal bersama serta memperkukuh nilai persatuan, persaudaraan, dan kepedulian sosial di tengah masyarakat.
